Selamat hari pekerja buat semua @ 1Mei2012
ini merupakan thn kedua cik cma sbg seorg pekerja kini
sekejap je masa berlalu.. rasa macam baru jer masuk kerja emm~
tp itulah kenyataan hidup & putaran hidup seseorang yg setiap insan akan merasainya
bayi - kanak-kanak - remaja - dewasa - orang tua
ok la sempena hari pekerja nie cik cma rajin la plak nak buat kek kann
bahan-bahan mmg dh beli weekend hari tu lagi
mana x nya kakak-kakak ofis dh duk mengena cik cma
kebetulan copy resipi buku kek hari tuu
dorang pun apa lagi duk pekena kat kita suruh buat kek nie
so cik cma pun ok la kan hari nie pun cuti, ofismate pun ramai msuk kerja balik hari esok
cuti panjang mereka-mereka nie termasuk bos-bos ku sayang
wahhh! kaki bodek ke nie~ oppsssss..
kek apa yaa ?? emmm~
dah lama x membuat kek-kek nie smenjak dh bekerja nie kann
dulu sebagai penganggur terhormat rajin gak la buat kek
buat skali jadi so berkali-kali nak buat
syok sendiri buat-buat makan family sendiri
jom la terus cerita - baking carrot cake .!!
Cara membuatnya;

= griskan acuan berukuran 8 inci. lapik dengan kertas serap minyak. panaskan ketuhar pada suhu 180'C
= KEK: satukan lobak merah(400gm+secubit garam) dengan gula perang(90gm) digaul rata. biarkan selama 30minit. kemudian masukkan kismis(90gm) dan ketepikan
= satukan gula kastor(130gm) & telur(2 biji gred A) dalam mangkuk pengadun. pukul hingga pekat &gebu. masukkan minyak masak(100gm) dan esen valina(1 sudu teh). gaul hingga rata
= kemudian masukkan bahan A* sedikit-sedikit diikuti dengan adunan lobak & kacang walnut(50gm-dicincang). gaul hingga rata
= tuangkan adunan dalam acuan tadi bakar selama 1 jam pada suhu 180'C
= sejukkan kek dan sapukan frosting krim keju*. hias mengikut citarasa anda
**bahan A: 200gm tepung gandum + 1 sudu teh serbuk penaik + 3/4 sudu teh soda bicarbonat + 1 sudu teh rempahkayu manis (diayak semuanya bersama)
**lobak merah - diparut awal bagi memudahkan kerja-kerja seterusnya
itu sahaja cara membuatnya
mudah buka
klu rajin bleh cuba
dari beli siap di kedai cuba seseali anda buatnya sendiri
pasti mahukannya lagi dan lagiiii~ berkali-kali =)
selamat mencuba...
siap jer buat kek nie
bersiap pula ke rumah baby muadz
yaa my second bro buat makan-makan
syoknyeee~ shooott g putrajaya dlm kul 3 ptg td
balik-balik hujan selebat-lebatnya
sejuk skit tido malam nie
k la.. daa~
cayangggg diaa
~ hero dan heroin atuk dengan nenek ~














