mcm penah dgr berkenaan 3 jenis jodoh nie
x salah dlm drama ke movie ada terselit 3 jenis jodoh nie
so ini utk dikongsi bersama
harap tuan rumah izinkan
ya ampun ~ ~
3 jenis jodoh iaitu;
1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu, lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
...
Apa jua jenis jodoh, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" (Memahami, Memaafkan & Memotivasikan) sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam InsyaAllah akan membahagiakan hidup anda di dunia mahupun akhirat.
...
No comments:
Post a Comment